Rabu, 20 September 2017


MEMBONGKAR KESESATAN WAHABBI!!

DISCLAIMER : Artikel ini bukan untuk pentaksub, bukan untuk berbalah, ia hanya untuk bacaan sahaja. Hanya sebagai penambah pengetahuan untuk membuka minda dan bukan menjatuhkan hukum!!..Maklumat diperolehi sangat terhad. Semoga bermanfaat.

Bagi menyambung artikel sebelum ini mengenai mengenal siapakah wahabbi yang sebernarnya, kita akan beralih ke individu/personaliti ke-dua dalam bab ini.



Abdullah bin Wahb ar-Rasibi al-Khariji

Abdullah bin Wahb ar-Rasibi al-Khariji merupakan individu yang mengetuai kelompok Khawarij (Al-Wahbiyyah) yang terlibat dalam pertempuran Nahrawan. Pertempuran ini berlaku di antara Ali Bin Abi Talib r.a (Khalifah ar-Rasyidin ke -4) menentang Khawarij.


Kaum Khawarij yang pada awalnya memaksa Ali r.a untuk menerima perjanjian dengan Muawiyah ternyata merasa tidak puas dengan keadaan setelah perjanjian itu digubal. Maka mereka memutuskan untuk berperang melawan Ali Bin Abi Talib r.a. Ali Bin Abi Talib r.a yang sebelumnya merancang menyerang Muawiyah di Damsyik, terpaksa membatalkan niatnya dan berperang melawan Khawarij pada pertempuran Nahrawan.

Khawarij merupakan bentuk yang berbeza dari Sunni dan Syi’ah. Gerakan ini bermula sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a dibunuh, dan kaum Muslimin kemudian mengangkat Ali bin Abi Talib r.a sebagai khalifah. Ketika itu, kaum Muslimin mengalami kekosongan kepemimpinan selama beberapa hari.

Setelah Uthman bin Affan r.a dibunuh oleh orang-orang yang membencinya, kaum muslimin mengangkat Ali bin Abi Talib r.a sebagai khalifah, setelah beberapa hari kaum muslimin hidup tanpa seorang khalifah. Khabar kematian Uthman kemudian terdengar oleh Mu'awiyyah Bin Abi Sufyan, yang mana dia masih memiliki hubungan kekeluargaan dengan Uthman bin Affan r.a.


Sesuai dengan syariat Islam, Mu'awiyyah berhak menuntut balas atas kematian Uthman. Mendengar berita ini, orang-orang Khawarij pun ketakutan, kemudian menyusup ke pasukan Ali bin Abi Thalib. Mu'awiyyah berpendapat bahawa semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Uthman harus dibunuh, sedangkan Ali berpendapat yang dibunuh hanya yang membunuh Uthman saja kerana tidak semua yang terlibat pembunuhan diketahui identitinya.

Akhirnya terjadilah perang siffin karena perbedaan dua pendapat tadi. Kemudian masing-masing pihak mengirim utusan untuk berunding, dan terjadilah perdamaian antara kedua belah pihak. Melihat hal ini, orang-orang khawarij pun menunjukkan jati diri mereka dengan keluar dari pasukan Ali bin Abi Talib r.a. Mereka (Khawarij) merancang untuk membunuh Mu'awiyyah bin Abi Sufyan dan Ali bin Abi Thalib, tetapi hanya berjaya membunuh Ali bin Abi Talib r.a.



(Bahagian 2)

Wallahu Ta'ala A'lam..

Selasa, 19 September 2017


MEMBONGKAR KESESATAN WAHABBI!!

DISCLAIMER!!: Artikel ini bukan untuk pentaksub, bukan untuk pegangan. sebaliknya sebagai bacaan untuk membawa minda berfikir dan meneliti. Bukan menjatuhkan hukum!!Artikel ini dikarang atas sebab ingin menjernihkan masyarakat kita tentang Wahabbi. Sejak akhir-akhir ini masyarakat kita khasnya digegarkan dengan suatu istilah yang sangat menakutkan dan seringkali dikait rapat dengan Terrorist. Artikel ini hanya untuk pembacaan dan sumbernya adalah sangat terhad. Semoga bermanfaat.

PENGENALAN
Jika kita mencari apakah itu Wahabbi?. Kita akan menjumpai 3 individu yang saing berkait rapat dengan gelaran ini. Berikut adalah senarai Individu yang ditemui berserta sejarah ringkas mereka:

 Abdul Wahhab bin Abdul Rahman bin Rustum al-Ibadi al-Khariji 
(788-824 M)/(171-208 H)

Al-Wahhabiyah( di ambil bersempena nama beliau Wahhab)merupakan firqah serpihan daripada Ibadhiyah khawarij yang timbul pada abad ke 2 (dua) Hijrah. Beliau wafat tahun 208 H. Wahabi ini merupakan kelompok yang sangat ekstrim kepada Ahlus Sunnah,dan sangat jauh dari Islam.




Gerakan Ibhadiyah tiba di Utara Afrika pada tahun 719 Masihi (100 H) sejak bermulanya penyebaran firqah mazhab Ibhadiyah Khawarij oleh Ulama mereka iaitu Salma Ibn Sa'ad yang berasal dari Basra ke Kairouan pada awal sebelum abad ke 2 (DUA) Hijrah. Pada tahun 740 Masehi iaitu bersamaan dengan 122 H, gerakan mazhab ini telah berjaya menanam doktorin aliran mereka kepada majoriti suku Berber-Huwara di sekitar Tripoli, kawasan pergunungan Nafusa, dan Zenata di dalam kawasan barat Tripolitania.




Pada tahun 757 Masehi (140 H), Sekumpulan Ulama yang terdiri daripada 4 orang ulama Basra termasuk Abdul Rahman bin Rustum (Ayah kepada Abdul Wahhab) mengisytiharkan Kekhalifahan Ibhadiyah dan memulakan kempen pemberontakan yang dipimpin oleh Abu l-Khattab Abdul-A'la ibn as-Samh. Pada tahun 761 Masehi (143 Hijrah), Abu l-Khattab Abdul-A'la ibn as-Samh telah terbunuh dalam perperangan setelah Khalifah Dinasti Abbasiyah menghantar Muhammad ibn al-Ash'ath al-Khuza'i untuk menghapuskan gerakan pemberontakan tersebut. 


Setelah kegagalan pada kempen pertama tersebut, mereka menyusun strategi kedua pada tahun 768 Masehi (151 Hijrah) dalam misi mereka dengan melantik Abu l-Hatim al-Malzuzi sebagai ketua. sebaliknya kempen kedua ini juga menuju kegagalan setelah Abu l-Hatim al-Malzuzi terbunuh dalam perang pemberontakan tersebut pada tahun 772 Masehi (155 Hijrah).


Pada tahun 777 Masehi (161 H), Abdul Wahhab, iaitu anak kepada Abdul Rahman bin Rustum mengalihkan pusat kuasa ke Algeria dan mendirikan sebuah Dinasti yang dinamakan Disnasti Rustum.





Dinasti Rustum




Wallahu Ta'ala A'lam...




(Bahagian 1)


MEMBONGKAR KESESATAN WAHABBI!! DISCLAIMER : Artikel ini bukan untuk pentaksub, bukan untuk berbalah, ia hanya untuk bacaan sahaja. Hany...